6.12.11

LATIHAN PEMAHAMAN 1

Baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikutnya.

Harimau Dengan Bayangnya

    Dalam sebuah hutan, ada seekor harimau yang besar dan garang. Semua binatang yang kecil takut akan dengan harimau itu. Apabila sang harimau mengaum, semua binatang akan bersembunyi. Binatang yang tidak sempat bersembunyi pasti akan menjadi mangsa harimau tersebut.
    Pada suatu hari, sang kancil sedang mencari makanan di satu kawasan yang redup. Ia seronok memakan daun-daun muda. Tiba-tiba ia terdengar bunyi ranting patah dari arah belakangnya. Ia terus menoleh. Ia nampak seekor harimau sedang menghampirinya.
    Harimau itu mengaum dengan kuatnya dan sang kancil tidak sempat untuk melarikan diri. "Kali ini kau tidak boleh lari kan diri lagi, aku akan makan kau, kancil!," kata harimau dengan garang. "Kalau engkau makan aku, kau akan di makan oleh binatang yang lebih besar," kata sang kancil.
    "Binatang yang mana pula berani melawan ku?" tanya harimau dengan marah. "Pagi tadi aku berjumpa dengan seekor harimau yang jauh lebih besar daripada engkau. Kata harimau itu dialah harimau yang paling kuat di hutan ini." kata  kancil. Harimau menjadi sangat marah dan mengaum dengan sekuat hati.
    "Tunjukkan aku di mana harimau yang angkuh itu. Aku akan mengalahkannya," kata harimau dengan nada yang amat angkuh.
    Kancil pun berlari pantas meninggalkan tempat itu dan harimau terus mengekori. Sekali sekala harimau mengaum kerana marah. Semua binatang lain bertempiran lari ketakutan tetapi merasa pelik kenapa harimau hanya mengekori kancil pada hal mudah untuk harimau membaham kancil. Sampai di sebuah kolam, kancil pun berhenti.
  "Di sini lah aku berjumpa dengan harimau itu, cubalah kamu tengok, aku takut" kata kancil. Harimau pun menjadi lebih marah dengan kata-kata kancil. Ia pun menjenguk ke dalam kolam dengan beraninya. Bayang-bayangnya segera muncul di permukaan air yang jernih dan tenang itu. Harimau mengaum dan membuka mulut seluas-luasnya menunjukkan taringnya yang panjang dan tajam. Harimau di dalam kolam pun membuka mulut seluas-luasnya.
   "Kalau engkau harimau yang paling kuat, pergilah lawan dan tewaskannya," kata Kancil. Harimau bertambah berang dan terus terjun mendapatkan harimau itu ambil mengeluarkan kukunya yang tajam. Bila ia terjun, bayang-bayang pun hilang. Barulah ia sedar yang ia telah di tipu oleh kancil. Harimau untuk naik ke tebing kolam tetapi tidak berjaya kerana tebing itu tinggi. Kancil pun sudah melarikan diri. Oleh kerana terlalu angkuh, akhirnya harimau tewas dengan bayang-bayang sendiri.


Jawab soalan-soalan di bawah berpandukan petikan di atas.
1. Apakah yang sedang dilakukan Sang Kancil ketika Sang Harimau menghampirinya?

2. Ke manakah Sang Kancil membawa Sang Harimau pergi untuk berjumpa haiwan yang lebih besar itu? 

 3. Mengapakah Sang Harimau tewas dengan bayang-bayangnya sendiri?










LATIHAN PEMAHAMAN 2

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

 

Asal Usul Udang Galah Bongkok

     Pada zaman dahulu, kononnya ada seekor udang galah. Udang galah ini adalah haiwan yang paling besar sekali di lautan. Udang galah sangat suka bercakap besar.
     "Tiada siapa yang lebih besar daripada ku," kata Udang Galah. Burung laut yang ada di sekitar dan di pinggir pantai terkejut dan ketakutan menyebabkan burung laut merasa benci akan keangkuhan Udang Galah.
     "Ada yang lagi besar daripada kamu. Kalau kamu nak tahu, ikutlah aku," kata burung laut. Burung laut pun terbang dan Udang Galah pun mengekorinya. Mereka sampai di laut selatan. Udang Galah keletihan di sebabkan perjalanan yang amat jauh lalu ia mencari tempat untuk berehat. Ia ternampak sebuah gua dan segera masuk kedalam.
      "Dapatlah aku berteduh," kata Udang Galah. Tiba-tiba ..."siapa pula yang mencucuk hidungku," kata ikan paus. Udang Galah tidak sedar ia telah masuk kedalam lubang hidung ikan paus.


     "Hei! Kamu masuk ke dalam lubang hidungku," jerit ikan paus. Barulah sedar ia telah masuk kedalam hidung ikan paus. Rupanya ada haiwan yang lebih besar daripadanya. Ikan paus pun bersin. Udang Galah terlambung ke udara dan belakangnya terhempas ke batu karang. "Aduh! Sakitnya," kata Udang Galah. Rupanya pinggangnya patah. 
     Semenjak itu udang Galah menjadi bongkok. Ianya tidak berani lagi bercakap besar. Jalannya pun mengundur semenjak itu. 

Jawab soalan-soalan di bawah berpandukan petikan di atas.
1.  Apakah sifat buruk Udang Galah?

2. Siapakah yang mengajak Udang galah melihat haiwan yang lebih besar?

3. Mengapakah pinggang Udang Galah patah?



LATIHAN PEMAHAMAN 3

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Ular Air dan Ular Tanah

Dalam sebuah belukar, tinggal tiga ekor ular yang paling berbisa. Ular itu ialah ular senduk, ular air dan ular tanah.

Ular air dan ular tanah cukup bengis dan kejam. Pantang berjumpa makhluk yang hidup, habis dipatuknya. Oleh kerana taringnya begitu berbisa, semua ikan dan binatang yang dipatuk, mati dalam sekelip mata.

Kekejaman ular air dan ular tanah makin menjadi-jadi. Ramai orang kampung yang pergi ke paya untuk menangkap ikan menjadi mangsanya. Mereka juga mula menyerang kanak-kanak yang bermain di halaman. Maka ramailah kanak-kanak yang mati.

Kisah kejahatan ular air dan ular tanah tidak disenangi oleh ular senduk. "Kau akan terima padahnya nanti," kata ular senduk.

"Jika kau tak hargai bisa kau lagi,aku cabar kau luahkan bisa kau itu sekarang juga," kata ular air kepada ular senduk.

"Aku sahut cabaran kau tu.Mari luahkan bisa kita di atas daun keladi ni," kata ular senduk. Ia pun menjalar ke sehelai daun keladi yang lebar. Ular air dan ular tanah juga meluahkan bisanya.

Sebaik sahaja kedua-duanya selesai meluahkan bisa, tiba-tiba muncul dua orang lelaki tidak jauh dari situ.

Oleh kerana terlalu geram dan marah kepada manusia yang berjalan kaki ayam,ular air dan ular tanah  menjalar pantas. Ia lalu mematuk kedua-dua belah kaki lelaki itu. Ular senduk pula segera menyedut bisanya kembali dan pergi ke dalam semak berhampiran.

Melihat patukan mereka tidak berkesan, barulah ular air dan ular tanah sedar, taringnya tidak berbisa lagi. Lalu dengan pantas mereka menjalar ke tempat mereka menjalar ke tempat mereka meluahkan bisa tadi.

Alangkah hampanya mereka apabila melihat bisa di atas daun itu sudah habis tumpah ke tanah. Ular air berasa amat kecewa. Tanpa bisa, kesombongannya tidak bermakna lagi. Merayaulah dia ke hulu ke hilir tanpa arah tujuan.

Lain pula dengan ular tanah. Oleh kerana terlalu malu dan kecewa, dia selalu bersembunyi di bawah tanah. Hanya sesekali ia muncul.


Sila jawab soalan-soalan di bawah berpandukan petikan di atas.
1. Apakah nama tiga ekor ular berbisa yang tinggal di dalam belukar?

2. Siapakah yang menjadi mangsa serangan ular air dan ular tanah?

3. Di manakah ular tanah selalu bersembunyi setelah kehilangan bisanya?


1.12.11

TELUR SEBIJI RIUH SEKAMPUNG


Pengajaran: Janganlah membesar-besarkan cerita kerana sikap itu tidak disukai orang.

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT

 

Pada suatu hari, arnab terjumpa sebuah karung guni. Di dalam karung itu terdapat sayur-sayuran. Arnab ingin makan sayur-sayuran itu. Kemudian datang kambing. Kambing juga mahu makan sayur-sayuran itu. Tetapi arnab tidak mahu berkongsi dengan kambing. Arnab mendapat suatu akal.

Arnab mengajak kambing bertanding. Pertandingan itu ialah menumbangkan tiang pagar. Kambing bersetuju. Kambing berlari kencang. Kambing terus menanduk tiang itu.

Prak! Tanduk kambing patah. "Aduh!" kambing menjerit kesakitan.
Tibalah pula giliran arnab.

Arnab menggali tanah. Tiang itu tumbang menimpa kaki arnab.

Prak! Kaki arnab patah. "Aduh!" arnab menjerit kesakitan.

Arnab berasa menyesal kerana enggan berkongsi makanan dengan kambing. Kedua menyesal dan saling memohon maaf. Selepas itu, Arnab dan kambing pergi ke tempat karung guni itu semula. Tetapi karung guni itu sudah tiada kerana diambil oleh tuannya.
 

Pengajaran: Sikap tamak selalu rugi. Sebaliknya, jika bermuafakat tentulah membawa berkat.

SANG MERAK DAN SANG ARNAB

 

Sang Arnab sangat risau kerana ekornya pendek. Ia ingin benar ekornya panjang dan cantik.

Sang Arnab mahu ekornya seperti ekor merak. Ekor merak panjang dan cantik. Semua manusia memuji kecantikan ekor merak.

Pada suatu hari, Sang Arnab berjumpa dengan Sang Merak. Sang Arnab memuji kecantikan Sang Merak. Sang Merak berasa bangga kerana mendapat pujian.

Sang Merak mengembangkan ekornya. Ekornya sangat cantik. Sang Arnab terus memuji kecantikan Sang Merak.

Namun, Sang Arnab memuji Sang Merak kerana ada tujuan lain. Sang Arnab ingin meminjam ekor Sang Merak. Sang Merak bersetuju meminjamkan ekornya kepada arnab.

Sang Merak membuat pertukaran ekor dengan arnab. Sang Arnab memakai ekor Sang Merak. Sang Merak memakai ekor Sang Arnab.

Alangkah gembiranya Sang Arnab apabila mendapat ekor Sang Merak.Sang Arnab berlari ke sana dan ke mari. Sang Arnab menari-menari di tengah padang.

Merak pula memakai ekor arnab. Alangkah terperanjatnya merak kerana mendapati dirinya berekor kontot.

Pang! Tiba-tiba terdengar bunyi senapang. Sang Arnab termengah-mengah lari masuk ke dalam hutan. Ia pergi berjumpa Sang Merak dan menceritakan bahawa ia ditembak oleh pemburu. Nasibnya baik kerana tidak terkena peluru pemburu.

Sang Arnab meminta semula ekornya. Mereka bertukar ekor masing-masing. Sang Arnab tidak mahu memakai ekor Sang Merak lagi.

"Biarlah ekorku pendek dan tidak cantik, asalkan diriku selamat," fikir Sang Arnab.

Pengajaran:
Kita haruslah bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan kepada kita. Setiap kurniaan Tuhan pastilah ada kebaikannya untuk diri kita.

BURUNG BANGAU, IKAN DAN KETAM


Pengajaran: Jangan sekali-kali berbuat jahat. Setiap perbuatan jahat pasti akan menerima balasan buruk daripada Tuhan.